BERSUCI pada bahasa bermaksud membersihkan sesuatu daripada kekotoran, manakala menurut istilah syarak pula iaitu membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas.
NAJIS membawa pengertian benda-benda yang kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.
Kewajipan bersuci merupakan syariat daripada Allah S.W.T sebagaimana firmanNya:
Rasulullah SAW bersabda:
Bersuci itu sebagian dari iman (HR. Muslim dan Ahmad)
[Sumber: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq]
Kewajipan bersuci merupakan syariat daripada Allah S.W.T sebagaimana firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. (QS. Al-Baqarah : 222)
Rasulullah SAW bersabda:
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Bersuci itu sebagian dari iman (HR. Muslim dan Ahmad)
[Sumber: Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq]
Najis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
Najis Hukmi iaitu najis yang tidak dapat dilihat zatnya. seperti contoh air kencing yang sudah kering.
Najis Aini iaitu najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering. Seperti contoh tahi dan darah.
Jenis-jenis najis
1. Najis Mukhaffafah : Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya sahaja.
3. Najis Mughallazah : Najis berat iaitu anjing, babi dan keturunannya serta benda-benda yang terbit daripada keduanya.
Dalam Islam terdapat beberapa alat-alat yang sesuai untuk dijadikan alat bersuci daripada najis. Namun alat yang paling efektif ialah Air Mutlak.
Air Mutlak dapat dikategorikan kepada 7 jenis iaitu:
ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI
Dalam Islam terdapat beberapa alat-alat yang sesuai untuk dijadikan alat bersuci daripada najis. Namun alat yang paling efektif ialah Air Mutlak.
Air Mutlak dapat dikategorikan kepada 7 jenis iaitu:
Air Hujan |
Air Sungai |
Air Laut |
Air Embun |
Air Salji |
CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS
Setelah diterangkan tentang alat-alat untuk bersuci yang ditetapkan oleh syarak, maka dijelaskan pula tentang cara-cara menyucikan najis tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan.
1. Najis Mukhaffafah : Sila lihat rakaman cara menyucikan najis Mukhaffafah.
2. Najis Mutawassitah : Sila lihat rakaman cara menyucikan najis Mutawassitah.
2. Najis Mughallazah: Sila lihat rakaman cara menyucikan najis Mughallazah.
Najis Hukmi dan Najis Aini merangkumi najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. Najis Hukmi hendaklah dibasuh sehingga diyakini bersih. Manakala najis Aini hendaklah dibasuh sehingga hilang zatnya. Jika masih ada kesannya dimaafkan.
Demikianlah konsep bersuci daripada najis dalam bahagian Ibadah Pendidikan Islam Tahun 4. Kesimpulannya bersuci merupakan salah satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T merangkumi zahir dan batin bagi orang yang beriman dan beramal soleh agar pelaksanaan semua ibadah yang dilakukan mendapat kesempurnaan dan diterima oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan dapat memberikan sedikit input yang manfaat kepada semua yang mengikut blog saya ini, Insyallah.
Salam...blog ni sgt membantu saya. Mohon share untuk Proses PNP sy. Terima Kasih.
ReplyDelete